Peminat EPL tak melepaskan peluang dan sindir Newcastle yang kalah di tangan Dortmund tanpa ‘bantuan’ PGMOL.

Konteks

Sebelum ini Newcastle menang dengan cara kontroversi ke atas Arsenal. Gol kemenangan mereka disemak melibatkan 3 insiden.

Dan kesemua insiden disemak itu dianggap bersih dan gol diberikan. Insiden pertama, sama ada Gordon sudah ofsaid? Insiden kedua sama ada bola sudah terkeluar? Dan ketiga, adakah Joelinton menolak Gabriel.

Mikel Arteta menganggap VAR memalukan kerana tidak membatalkan gol tersebut yang menurutnya tidak sah.

“20 tahun saya berada di liga ini, melihat gol itu saya merasa malu. Bagaimana ianya berlaku dalam liga yang kita selalu cakap terbaik di dunia,” tegas Arteta.

Newcastle kalah lagi di UCL

Newcastle menelan kekalahan kedua mereka dalam kempen UCL. Sekali lagi di tangan Borussia Dortmund. Newcastle sebelum ini dianggap boleh melepasi peringkat kumpulan selepas menewaskan PSG.

Namun situasi kini menjadi sukar! Mereka berada di tangga tercorot kumpulan F. Peluang masih ada untuk mereka namun dalam dua perlawanan terakhir mereka wajib memenanginya.

Newcastle perlu berkunjung ke PSG selepas ini dan kemudian melayan kunjungan AC Milan.

Dalam aksi menentang Dortmund tadi, mereka kalah 2-0 hasil jaringan Niclas Fullkrug dan Julian Brandt.

Peminat Dortmund turut membaling replika jongkong emas ke atas padang tanda kritikan ke atas UEFA yang akan mengubah format pertandingan UCL selepas ini.

Menurut peminat di Yellow Wall itu, UEFA cuma memikirkan soal wang dan bukannya bola sepak. Mereka turut menaikkan tifo yang mengecam UEFA.

Itu antara drama yang berlaku dalam aksi kali ini.

Lupa bawa pengadil PGMOL?

Sementara itu, peminat EPL pula tidak melepaskan peluang untuk mengejek Newcastle di media sosial.

Di Twitter rasmi Newcastle dihujani komen sindiran bahawa Newcastle hanyalah pasukan biasa biasa sahaja tanpa bantuan pengadil EPL atau PGMOL.

Ada juga yang membuat perbandingan cara pengadil di UCL mengendalikan perlawanan dengan pengadil di England. Menurut mereka gaya permainan keras Newcastle tidak akan diberikan peluang oleh pengadil.